churpchurp

03 April 2011

bila sampai Isa kembali, bagaimana mahu mengenalnya?


Al-Quran memberitahu tentang kedatangan semula 'Isa 'Alaihissalam ke bumi. Pada ketika ini satu soalan penting datang ke fikiran kita. Bagaimana kita mahu mengenali baginda? Apa yang pasti ialah baginda mempunyai semua ciri-ciri serupa  dengan apa yang disebutkan dalam al-Quran. Pesuruh Allah itu akan membawa satu tanda penting untuk menyatakan bahawa bagindalah Nabi 'Isa 'Alaihissalam.


Ketika baginda datang tiada seorang pun yang pernah melihat Nabi 'Isa 'Alaihissalam secara zahir sebelum ini dan oleh itu tiada yang mengenali baginda. Tidak ada orang yang dapat mengenalinya dalam bentuk fizikal luarannya mahupun suaranya. Tiada yang dapat mengatakan dia kenal Nabi 'Isa 'Alaihissalam secara peribadi atau pernah melihat baginda pada bila-bila masa; tiada yang tahu kedudukan saudara-maranya. Semua yang mengenali baginda telah meninggal dunia pada lebih 2000 tahun dahulu. Jadi orang itu ialah tiada siapa yang melahirkannya, menjaga sewaktu dia kanak-kanak, remaja mahupun dewasa. Tiada siapa-siapa pun yang tahu mengenainya.

Oleh yang demikian, kekeliruan yang muncul akibat individu-individu yang mengaku sebagai nabi dapatlah dirungkai sekiranya persoalan di atas dijawab.Kesimpulannya bila Nabi 'Isa 'Alaihissalam datang semula ke bumi, peluang untuk keraguan tiada lagi kerana memang benar dia ialah Nabi 'Isa 'Alaihissalam. Tiada siapa yang boleh menyangkal mencari sebarang sebab yang munasabah untuk mengatakan dia tidak boleh menjadi Nabi 'Isa 'Alaihissalam. Nabi 'Isa 'Alaihissalam akan dapat dikenal dengan ciri tersebut yang akan memisahkannya daripada setiap orang lain, tiada seorangpun di dunia ini mengenalinya.

Diolah daripada buku Harun Yahya: Tanda-tanda Hari Qiamat

2 comments:

  1. org arab pun skg byk y memberontak..tu on tanda gak..

    ReplyDelete
  2. satu persatu tanda akan menyusul skrg.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...