churpchurp

17 April 2011

Batasan

Bagi manusia itu adanya batasan tetapi tidak bagi Allah. Bersederhana adalah jauh lebih baik daripada melampaui batas. Sekiranya kita mengetahuinya. Sebelum melakukan setiap sesuatu perlulah didahului dengan mengenal batasannya. Sesungguhnya Allah meletakkan had dan batasan demi kesejahteraan umat manusia seluruhnya. Manusia bebas melakukan apa sahaja selagi tertakluk pada syari'at yang diajarkan. Contohnya pesanan ini; makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang. Jadi batasan manusia untuk makan janganlah sehingga kenyang. InsyaAllah banyak penyakit boleh dielakkan.


Satu lagi pesanan ialah lebih baik berdiam diri daripada bercakap perkara yang tidak berfaedah. Sesungguhnya peruturan yang melampau akan menyumbang kepada masalah.Begitu juga dengan perbuatan. Ada batasnya yang tersendiri. Jangan sampai perbuatan kita menyebabkan Allah murka. Jangan sampai perbuatan kita menyebabkan manusia tidak berpuas hati. Jangan samapi perbuatan kita menyebabkan alam samula jadi musnah. Biarlah perbuatan kita menjadi satu ibadah.

4 comments:

  1. sangat sukar nak lepaskan diri bila kita berada dalam geng2 buat ketupat.. kita diam, diorang kata mcm2 lak.. tp lebih baik diam kankankan..

    ReplyDelete
  2. kadang2 manusia sendiri langgar batas nak tanam ubi... pastu batas tu sendiri disalahkan, "pesal la kau ada kat sni! !@#$%"

    ReplyDelete
  3. batas ubi dibina dengan tujuan kebaikan...

    ReplyDelete
  4. lebih baik join org yg tanam pala daripada join org yg wat ketupat kan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...