churpchurp

23 March 2011

Menolak Kemahuan Sendiri

Dalam membezakan kemahuan mahupun keperluan, dapatkah kita menolak kemahuan sendiri? Di saat kita sedari bahawa kemahuan kita sebenarnya bukan satu keperluan, adakah kita masih menerimanya? Apa yang kita patut lakukan di saat kita ketahui bahawa kemahuan kita itu salah? Apa lagi yang dapat kita usahakan bila kita sudah terlambat untuk menolak kemahuan yang salah itu?

Marilah sama-sama kita berfikir demi menjaga keselamatan diri di dunia dan akhirat. Sebelum kita mati dalam keadaan yang memalukan, sebelum tertutupnya pintu taubat, sebelum menerima buku amalan. Semua yang berlaku adalah dari diri kita sendiri. Baik yang kita tuai, baik juga yang kita semai. 

Bezakanlah antara hak dan batil

Nasihat untuk diri dan teman. 
Untuk pegangan dan pedoman. 
Moga berani lakukan kebaikan. 
Peliharalah kami dan keturunan. 

Kami mohon wahai TUHAN.


wasalam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...