churpchurp

29 March 2011

Azab, Dosa dan Taubat

Sekarang saya sedang membaca buku 'Umat-umat yang Dihancurkan ALLAH'. tertarik dengan petikan ini:

 "Setiap umat yang diseksa dan dihinakan, dahulu dan sekarang, adalah kerana dosa-dosa yang mereka lakukan. Tidak diturunkan azab melainkan kerana dosa, dan tidak terangkat dosa melainkan dengan taubat."


Sedarlah kita bahawa telah banyak umat terdahulu yang dihancurkan oleh ALLAH kerana kekufuran mereka. Telah banyak bukti ditunjukkan kepada kita agar kita sentiasa insaf dan ingat bahawa ALLAH itu maha berkuasa.

Apa yang penting sekarang ialah kita sedar dan tidak mengasingkan agama daripada kehidupan kita. Keluarlah daripada sistem yang mengasingkan agama daripada kehidupan. Semoga kita semua mendapat petunjuk taufiq dan hidayah supaya tetap berada dalam agama ALLAH.

Jangan pisahkan ISLAM dari hidup kita.



2 comments:

  1. elak dari terjebak. semoga selamat dunia akhirat

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...