3. Konsisten dalam Kehidupan
Pada post kali ini ingin saya kongsikan mengenai konsisten dalam kehidupan. Umum mengetahui maksud konsisten tetapi ingin saya tulis mengenai amalan konsisten itu sendiri. Konsisten ialah satu pelaksanaan perbuatan yang sama secara berulang-ulang atau berterusan. Konsisten juga sering disebut sebagai istiqamah. Konsep konsisten atau istiqamah ini adalah sesuatu yang positif dan banyak membantu kita menjadi lebih baik dalam sesuatu bidang.
Istiqamah jika ia dilihat pada struktur Bahasa Arabnya, ia bermaksud terus diminta berdiri. Sesuai jugalah dengan Bahasa Melayunya yang boleh difahamkan sebagai sentiasa teguh berdiri. Atau jika di dalam Bahasa Inggerisnya, boleh juga difahamkan sebagai standing up consistently. Ada dua unsur penting pada definisi permulaan ini, iaitu berterusan dan kekal di dalam suatu keadaan, dan unsur keduanya pula ialah berdiri.. iaitu kondisi diri yang aktif lagi dinamik. Berterusan dalam keadaan sedar dan aktif terhadap suatu pegangan dan mahu pun amalan.
Istiqamah atau konsisten sangat penting dalam melaksanakan sesuatu tugas. Hal ini adalah kerana konsisten akan membawa kepada keikhlasan. Sebagai contoh, jika kita istiqamah dalam membaca buku nescaya ilmu yang kita perolehi akan bertambah dari semasa ke semasa. Proses yang berterusan ini akan menjadi satu kebiasaan yang sangat sehingga kita akan berasa tidak selesa jika tidak melakukannya pada waktu di mana kita selalu melakukannya. Di sinilah timbulnya konsep keikhlasan itu. Kita akan melakukan perkara itu secara sukarela tanpa mengharapkan apa-apa.
Oleh yang demikian, marilah sama-sama kita menyedari kepentingan konsisten dalam amalan perlakuan seharian kita. Konsisten dalam konsep yang baik termasuklah konsisten dalam menuntut ilmu, konsisten dalam beribadat kepada Allah, konsisten dalam menghindari perkara-perkara yang ditegah oleh agama, dan juga konsisten dalam usaha memperbaiki kita yang tidak pernah terlepas daripada ujian dan dugaan dari Allah.
“Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya dia Maha melihat apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, Kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan. Dan Dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat. Dan bersabarlah, Kerana sesungguhnya Allah tiada menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan. (Hud:112-115)
Satu lagi perkara penting dalam konsep konsisten ialah Oleh kerana besar sekali inti istiqamah, maka Allah SWT tidak membiarkan tuntutannya berlegar tanpa panduan. Oleh kerana Surah Hud itu yang telah begitu mempengaruhi reaksi Nabi SAW kepada perintah istiqamah, maka marilah kita sama-sama melihat bagaimana Surah Hud sendiri memperincikan rukun istiqamah.
“Janganlah kamu melampau”
Konsisten terjejas apabila manusia melampau. Kerana lazimnya melampau itu natijah emosi. Emosi penting untuk membakar motif perlakuan, tetapi lazim juga bakarannya hilang kawalan.Apabila manusia hilang kawalan maka dia tidak akan rasional dalam tindak tanduknya. Inilah yang menjadi punca berlakunya perkara-perkara yang negatif. Ingatlah semua bahawa dalam apa-apa situasi sekalipun, kita hendaklah kembali kepada ajaran agama.
amin:)
ReplyDeleteamin :) smoga sume yg baik utk kte
ReplyDeletenice sharing..luv its.. ;)
ReplyDelete