churpchurp

Showing posts with label Pahala dan Bahagiannya. Show all posts
Showing posts with label Pahala dan Bahagiannya. Show all posts

09 September 2011

Syariah Islamiah (Tingkatan 5) : Dosa, Pahala dan Bahagiannya (2)

Ganjaran Pahala



  1. Mendapat keredhaan Allah s.w.t.
  2. Jiwa sentiasa tenang dan gembira.
  3. Sentiasa sabar dalam setiap ujian Allah kepadanya.
  4. Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
  5. Doa dimaqbulkan oleh Allah s.w.t.
  6. Mendapat balasan syurga di akhirat kelak.
  7. Allah akan memelihara manusia dari bala bencana dan penyakit
Ganjaran Dosa

  1. Mendapat kemurkaan Allah s.w.t.
  2. Hati sentiasa resah dan gelisah.
  3. Allah akan menarik nikmat dan menurunkan bala.
  4. Memutuskan hubungan antara hamba dan tuhannya.
  5. Doa tidak dimakbulkan oleh Allah s.w.t.
  6. Mendapat balasan neraka di akhirat kelak.
  7. Menimbulkan banyak penyakit sosial seperti pergaduhan, pembunuhan dan lain-lain.

p/s:- Al-Imam Ja'afar bin Muhammad Sadiq ada berkata bahawa siapa yang hatinya tersangkut pada dunia, maka dia akan tersangkut pada tiga perkara:
  1. Kesedihan yang tidak berakhir.
  2. Angan-angan yang tidak tercapai.
  3. Harapan yang tidak akan menjelma.

Syariah Islamiah (Tingkatan 5) : Dosa, Pahala dan Bahagiannya (1)

Konsep Dosa


Dosa ialah istilah yang diberikan kepada segala sesuatu yang melanggar perintah Allah untuk dilakukan atau ditinggalkan.

Dosa dari segi bahasa ialah hukuman atau balasan. Manakala dari segi syara' pula ialah balasan buruk daripada Allah disebabkan melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah atau meninggalkan sesuatu yang diperintahNya.

Pengertian Dosa Besar dan Dosa Kecil


Dosa besar - setiap dosa yang disebut dalam al-Quran dan hadis serta diakhiri sebutannya dengan ancaman api neraka atau mendapat kemurkaanNya atau kutukan dan seksaanNya.
Contoh: membunuh, memfitnah, berzina, dan menderhaka kepada ibu bapa.

Dosa kecil - segala kesalahan yang berada di luar batasan hukum had dan seksaan di akhirat yang mana larangannya tidak disertai dengan ancaman kemurkaan dan seksaan oleh Allah s.w.t.
Contoh: merosakkan harta benda awam dan menyentuh al-Quran tanpa wudhu'.

Konsep Pahala


Pahala dari segi bahasa ialah ganjaran atau balasan. Dari segi syara' pula ialah ganjaran baik yang diberikan oleh Allah kerana mematuhi perintahNya dan menjauhi laranganNya.
Contoh: menunaikan solat, bersedekah, berpuasa, dan membantu orang lain.

p/s: Dosa kecil yang dilakukan secara berterusan akan menjadi dosa besar dan orang yang melakukannya tergolong dalam golongan orang yang fasik. Na'uzubillah min zalik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...