Konsep Dosa
Dosa ialah istilah yang diberikan kepada segala sesuatu yang melanggar perintah Allah untuk dilakukan atau ditinggalkan.
Dosa dari segi bahasa ialah hukuman atau balasan. Manakala dari segi syara' pula ialah balasan buruk daripada Allah disebabkan melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah atau meninggalkan sesuatu yang diperintahNya.
Pengertian Dosa Besar dan Dosa Kecil
Dosa besar - setiap dosa yang disebut dalam al-Quran dan hadis serta diakhiri sebutannya dengan ancaman api neraka atau mendapat kemurkaanNya atau kutukan dan seksaanNya.
Contoh: membunuh, memfitnah, berzina, dan menderhaka kepada ibu bapa.
Dosa kecil - segala kesalahan yang berada di luar batasan hukum had dan seksaan di akhirat yang mana larangannya tidak disertai dengan ancaman kemurkaan dan seksaan oleh Allah s.w.t.
Contoh: merosakkan harta benda awam dan menyentuh al-Quran tanpa wudhu'.
Konsep Pahala
Pahala dari segi bahasa ialah ganjaran atau balasan. Dari segi syara' pula ialah ganjaran baik yang diberikan oleh Allah kerana mematuhi perintahNya dan menjauhi laranganNya.
Contoh: menunaikan solat, bersedekah, berpuasa, dan membantu orang lain.
p/s: Dosa kecil yang dilakukan secara berterusan akan menjadi dosa besar dan orang yang melakukannya tergolong dalam golongan orang yang fasik. Na'uzubillah min zalik.
No comments:
Post a Comment