churpchurp

19 February 2011

4. Bertanggunggjawab

Satu perkataan yang sangat berat iaitu 'tanggungjawab'. Setiap orang mempunyai tanggunggjawab dan apa yang penting ialah kita sedar apa tanggungjawab kita. Semua yang berlaku dalam kehidupan kita mempunyai sebab yang tersendiri. Begitu juga setiap tanggungjawab yang kita terima.

Dalam melaksanakan tanggungjawab, kita perlulah ikhlas agar perbuatan kita dikira sebagai ibadah. Berbekalkan keikhlasan tadi, insyaAllah kita dapat melaksanakan tanggungjawab dengan hati yang seronok. Tanggungjawab jika dilaksanakan dengan baik maka hasilnya juga mendatangkan berkat dan keuntungan kepada diri sama ada di dunia mahupun akhirat.

Jangan lupa untuk bersyukur atas apa yang telah dikurniakan kepada kita. Apabila kita bersyukur nescaya Allah akan tambahkan nikmatnya kepada kita. Semoga kita semua dapat menjadi lebih bertanggungjawab dan sentiasa berada dalam penjagaan-Nya. Amin

3 comments:

  1. Betul tu, t/jawab penting, jika stp orang tahu t/jwb masing2 insyaAllah mudah semua urusan kan:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...