Secara ringkasnya kita melihat melalui sinaran cahaya (nur) dari sesuatu objek jatuh berlawanan dengan retina mata. Cahaya itu disalurkan kepada signal elektrik oleh sel-sel dan kemudian sampai kepada satu titik hitam di belakang otak yang dipanggil pusat penglihatan. Signal elektrik ini diterima di pusat otak satu imej selepas berlakunya beberapa siri proses. Dengan latar belakang teknikal ini marilah kita berfikir.
Otak dipisahkan daripada cahaya. Ini bermakna keadaan otak gelap pekat dan cahaya tidak boleh sampai pada lokasi kedudukan otak. Tempat yang dipanggil pusat penglihatan ialah satu tempat gelap pekat yang tiada cahaya boleh sampai: ia mungkin sebagai tempat paling gelap yang pernah diketahui. Bagaimanapun kita dapat melihat dunia yang terang berkilau-kilauan dalam lubang kegelapan itu. SubhanAllah.
Imej yang terbentuk sangat tajam dan jelas sehinggakan teknologi terkini pun tidak dapat mencapainya. Contoh, lihat skrin komputer anda, tangan anda pada papan kekunci, kemudian angkat kepala anda dan lihat sekeliling. Pernahkah kita imej yang tajam dan jelas sepertinya di tempat lain? Skrin televisyen yang termaju sekalipun tidak dapat menyediakan imej sejelas penglihatan kita. SubhanAllah.
Manusia tak akan pernah dapat membalas nikmat yang Allah berikan sekalipun beribadah selama 1000 tahun tanpa henti. Semoga kita dapat masuk ke syurga dengan rahmat dan belas kasihan daripada Allah. Marilah sama-sama kita sedari betapa besarnya kuasa Allah. Setiap nikmat yang kita peroleh hendaklah sentiasa disyukuri sebelum ruh kita ditarik dari jasad. Ingatlah dunia ini hanya persinggahan yang sementara. Segala pengorbanan kita beribadah kepada Allah akan berbaloi di akhirat kelak. SubhanAllah
Diolah daripada buku Harun Yahya: Tanda-tanda Hari Qiamat
Diolah daripada buku Harun Yahya: Tanda-tanda Hari Qiamat
No comments:
Post a Comment