churpchurp

21 April 2011

Don't be yourself

The phrase 'be yourself' shall not be applied anymore. People use these two words to tell that one's shall never be hypocrite, one's must always show his true colour. One's shall not be two faces and only be nice when he(she) thinks needed. However this does not totally allowed you to be yourself. That's right that we must not be hypocrite but to show our true colour is wrong.

Why do I say like that?


17 April 2011

Batasan

Bagi manusia itu adanya batasan tetapi tidak bagi Allah. Bersederhana adalah jauh lebih baik daripada melampaui batas. Sekiranya kita mengetahuinya. Sebelum melakukan setiap sesuatu perlulah didahului dengan mengenal batasannya. Sesungguhnya Allah meletakkan had dan batasan demi kesejahteraan umat manusia seluruhnya. Manusia bebas melakukan apa sahaja selagi tertakluk pada syari'at yang diajarkan. Contohnya pesanan ini; makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang. Jadi batasan manusia untuk makan janganlah sehingga kenyang. InsyaAllah banyak penyakit boleh dielakkan.

15 April 2011

bagaimana kita melihat?

Secara ringkasnya kita melihat melalui sinaran cahaya (nur) dari sesuatu objek jatuh berlawanan dengan retina mata. Cahaya itu disalurkan kepada signal elektrik oleh sel-sel dan kemudian sampai kepada satu titik hitam di belakang otak yang dipanggil pusat penglihatan. Signal elektrik ini diterima di pusat otak satu imej selepas berlakunya beberapa siri proses. Dengan latar belakang teknikal ini marilah kita berfikir.

12 April 2011

Larangan memakai tudung di perancis

layakkah dia dipenjarakan?


Bersyukurlah kita masih tidak dilarang memakai apa yang Allah perintahkan. 

09 April 2011

Perubahan 2

Kini hidup sendiri. Jerit pekik lolong sekalipun mak jauh di seberang laut. 
Anggap hikmah dari tuhan agar aku dapat bersyukur. Segala nikmat tela diatur.

Tanggungjawab kini semakin berat. Semoga aku tak lupa zakat.
Tanggungjawab pada ALLAH
Tanggungjawab pada Muhammad, pada ISLAM, pada ibu bapa, pada keluarga,
pada bangsa, pada negara, pada dunia.

Rumah aku sendiri walau lebih privasi.
Makan aku sendiri, teman lidah dengan gigi.
Tidur aku sendiri, mata tutup walau ruh tidak aku ketahui.

08 April 2011

Perubahan

Dari bayi menjadi budak, cukup gigi sekarang dewasa, untung kita ada otak, lihat dengar fikir semua. Lengkap ada seluar baju dapat simpan semua malu. Risau pada nafsu semua dicuba ingin tahu.

03 April 2011

bila sampai Isa kembali, bagaimana mahu mengenalnya?


Al-Quran memberitahu tentang kedatangan semula 'Isa 'Alaihissalam ke bumi. Pada ketika ini satu soalan penting datang ke fikiran kita. Bagaimana kita mahu mengenali baginda? Apa yang pasti ialah baginda mempunyai semua ciri-ciri serupa  dengan apa yang disebutkan dalam al-Quran. Pesuruh Allah itu akan membawa satu tanda penting untuk menyatakan bahawa bagindalah Nabi 'Isa 'Alaihissalam.

Ruh

Manusia terdiri dari ruh dan jasad, kerananya Allah Swt menundukkan keduanya secara keseluruhan, baik ketika di mahsyar, diberi pahala maupun disiksa. Ruh adalah makhluk. Beberapa hadits mengenalpasti bahawa ruh adalah jirim yang lembut. Bagi sementara pihak yang berkata bahwa ruh adalah qadim, merupakan kekeliruan besar.

02 April 2011

Teka-teki

apakah yang paling berharga di atas dunia ini?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...