churpchurp

31 March 2011

Hakikat Kasih Sayang


Kasih sayang merupakan salah satu perasaan semula jadi dalam diri manusia. Tiada kasih sayang yang lebih agung melainkan kasih sayang Allah kepada hambanya.

Kali ini ingin dikongsi mengenai kasih sayang sesama makhluk. Tidak dapat dinafikan perasaan ini akan muncul dalam diri seitap orang. Namun hakikatnya kasih sayang ini sampai ke tahap mana. Ramai yang ingin kasih sayang yang berkekalan sampai nafas yang terakhir. Tetapi hakikatnya masih ada dua lagi alam yang perlu kita lalui iaitu alam barzakh dan alam akhirat di padang mahsyar nanti.

Ramai yang sudah berpasangan dan menganggap mereka boleh menerima pasangan seadanya. Tetapi di sini perlulah jelas bahawa kita tidak boleh sekadar menerima seadanya tanpa sebarang ikhtiar untuk menerima yang baik. Jika yang seadanya itu mempunyai keburukan dan mendatangkan dosa, baguslah kita usaha untuk jadikannya baik sebelum menerimanya. Hal ini kerana ramai yang masuk neraka disebabkan pasangannya.

Hakikat kasih sayang di sini biarlah membawa ke syurga. Semua umat manusia harus sedar yang kejayaan abadi hanyalah apabila kita menerima buku amalan di tangan kanan. Di dalam amalan kita juga dihitung amalan orang yang berkaitan dengan kita. Jika baik maka beruntunglah kita tetapi jika tidak ianya boleh mengheret kita ke neraka. Smestinya kita tidak mahu hal ini berlaku.

Adakalanya kita berusaha untuk menyelamatkan diri dan adakalanya kita boleh mengelak daripada terjebak ke dalam kegelapan. Biarlah kasih sayang membawa kita ke syurga. Janganlah kasih sayang membawa kita ke pintu yang tidak kita ingini.

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...