Kasih sayang merupakan salah satu perasaan semula jadi dalam diri manusia. Tiada kasih sayang yang lebih agung melainkan kasih sayang Allah kepada hambanya.
Kita perlu dua langkah untuk masuk syurga. Langkah pertama ialah memijak nafsu, manakala langkah kedua kita terus sampai di syurga.
churpchurp
31 March 2011
29 March 2011
Azab, Dosa dan Taubat
Sekarang saya sedang membaca buku 'Umat-umat yang Dihancurkan ALLAH'. tertarik dengan petikan ini:
"Setiap umat yang diseksa dan dihinakan, dahulu dan sekarang, adalah kerana dosa-dosa yang mereka lakukan. Tidak diturunkan azab melainkan kerana dosa, dan tidak terangkat dosa melainkan dengan taubat."
26 March 2011
Janji Yang kita Lupakan
Kita sering berjanji pada tuhan tetapi adakah kita menunaikannya. Kita menabur bermacam-macam janji agar impian kita tercapai. Di waktu susah kita berjanji, kalau aku banyak duit / harta nanti aku akan bersedekah pada orang yang memerlukan. Tapi bila kita ada duit yang banyak kita menjadi tamak dan keberatan untuk menunaikan janji. Kita merasakan bahawa apa yang kita dapat adalah hasil usaha sendiri.
23 March 2011
Menolak Kemahuan Sendiri
Dalam membezakan kemahuan mahupun keperluan, dapatkah kita menolak kemahuan sendiri? Di saat kita sedari bahawa kemahuan kita sebenarnya bukan satu keperluan, adakah kita masih menerimanya? Apa yang kita patut lakukan di saat kita ketahui bahawa kemahuan kita itu salah? Apa lagi yang dapat kita usahakan bila kita sudah terlambat untuk menolak kemahuan yang salah itu?
08 March 2011
saya percaya
dan salah satu daripada rukun iman itu adalah beriman kepada hari kiamat...
SubhanAllah, alhamdulillah, Allahuakbar...
sesungguhnya hidup di atas muka bumi ini sangatlah singkat dan sementara (bagi mereka yang benar-benar memahaminya). Jadi fahamilah kehidupan ini dan kejarlah apa yang sepatutnya. Jalanilah cara hidup mengikut syariat yang betul.
Subscribe to:
Posts (Atom)