We better have something to rely on.
Many things happen unexpected.
Sometimes they bring happiness but the other times they bring sadness.
In the sorrow, we really have something to rely on.
We may lose ourselves but we never lose our faith.
Allah is always by our side.
The more we think of Him, the more He pleases.
Do not adore Him nor ignore Him when it pleases you.
Remember Allah all the times.
Just a reminder for myself.
FIRST STEP
Kita perlu dua langkah untuk masuk syurga. Langkah pertama ialah memijak nafsu, manakala langkah kedua kita terus sampai di syurga.
churpchurp
28 November 2012
Something to Rely On
Published with Blogger-droid v2.0.4
26 November 2012
Your old man
As time runs, we becoming just like our old man.
Nobody lives forever.
What we have today will not last long.
So be grateful.
Remember.
Allah always know the best.
Ask help through patient and pray.
May Allah bless us all.
Published with Blogger-droid v2.0.4
08 February 2012
Maksud surah Dhuha
1. demi waktu matahari sepenggalahan naik,
2. dan demi malam apabila telah sunyi (gelap),
3. Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada (pula) benci kepadamu[1581].
4. dan Sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang sekarang (permulaan)[1582].
5. dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu , lalu (hati) kamu menjadi puas.
6. Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu?
7. dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung[1583], lalu Dia memberikan petunjuk.
8. dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan.
9. sebab itu, terhadap anak yatim janganlah kamu Berlaku sewenang-wenang.
10. dan terhadap orang yang minta-minta, janganlah kamu menghardiknya.
11. dan terhadap nikmat Tuhanmu, Maka hendaklah kamu siarkan.
[1581] Maksudnya: ketika turunnya wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w. terhenti untuk Sementara waktu, orang-orang musyrik berkata: "Tuhannya (Muhammad) telah meninggalkannya dan benci kepadaNya". Maka turunlah ayat ini untuk membantah Perkataan orang-orang musyrik itu.
[1582] Maksudnya ialah bahwa akhir perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. itu akan menjumpai kemenangan-kemenangan, sedang permulaannya penuh dengan kesulitan-kesulitan. ada pula sebagian ahli tafsir yang mengartikan akhirat dengan kehidupan akhirat beserta segala kesenangannya dan ula dengan arti kehidupan dunia.
[1583] Yang dimaksud dengan bingung di sini ialah kebingungan untuk mendapatkan kebenaran yang tidak bisa dicapai oleh akal, lalu Allah menurunkan wahyu kepada Muhammad s.a.w. sebagai jalan untuk memimpin ummat menuju keselamatan dunia dan akhirat.
08 October 2011
Mukasyafah al Qulub
Mari membaca buku....kali ini saya ingin mengajak semua untuk membaca buku ini. Buku yang biru adalah versi English dan yang kuning versi bahasa Melayu.
Buku ini adalah karya Imam al-Ghazali. Kandungannya memuatkan 111 bab yang meliputi semua aspek dalam agama dari segi solat dan amal ibadah yang lain hinggalah ke perbuatan dosa yang kecil dan besar. Di dalam hati manusia sering berlaku pergelutan disebabkan oleh keinginan nafsu dan bsisikan syaitan. Buku ini membantu kita mengenal pasti pergolakan yang berlaku dalam hati kita serta kesilapan-kesilapan lain yang menjadi kebiasaan dalam hati kita. Semoga dengan membaca buku ini dapat membantu kita memperbaiki diri dan seterusnya menjadi hamba ALLAH yang lebih baik.
p/s: ingatlah bahawa syaitan adalah musuh yang nyata.
sedarlah bahawa KIAMAT itu semakin hampir.
Labels:
bimbingan,
kiamat,
manusia,
Mukasyafah al Qulub,
penenang jiwa,
rawatan
09 September 2011
Syariah Islamiah (Tingkatan 5) : Dosa, Pahala dan Bahagiannya (2)
Ganjaran Pahala
- Mendapat keredhaan Allah s.w.t.
- Jiwa sentiasa tenang dan gembira.
- Sentiasa sabar dalam setiap ujian Allah kepadanya.
- Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
- Doa dimaqbulkan oleh Allah s.w.t.
- Mendapat balasan syurga di akhirat kelak.
- Allah akan memelihara manusia dari bala bencana dan penyakit
Ganjaran Dosa
- Mendapat kemurkaan Allah s.w.t.
- Hati sentiasa resah dan gelisah.
- Allah akan menarik nikmat dan menurunkan bala.
- Memutuskan hubungan antara hamba dan tuhannya.
- Doa tidak dimakbulkan oleh Allah s.w.t.
- Mendapat balasan neraka di akhirat kelak.
- Menimbulkan banyak penyakit sosial seperti pergaduhan, pembunuhan dan lain-lain.
p/s:- Al-Imam Ja'afar bin Muhammad Sadiq ada berkata bahawa siapa yang hatinya tersangkut pada dunia, maka dia akan tersangkut pada tiga perkara:
- Kesedihan yang tidak berakhir.
- Angan-angan yang tidak tercapai.
- Harapan yang tidak akan menjelma.
Syariah Islamiah (Tingkatan 5) : Dosa, Pahala dan Bahagiannya (1)
Konsep Dosa
Dosa ialah istilah yang diberikan kepada segala sesuatu yang melanggar perintah Allah untuk dilakukan atau ditinggalkan.
Dosa dari segi bahasa ialah hukuman atau balasan. Manakala dari segi syara' pula ialah balasan buruk daripada Allah disebabkan melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah atau meninggalkan sesuatu yang diperintahNya.
Pengertian Dosa Besar dan Dosa Kecil
Dosa besar - setiap dosa yang disebut dalam al-Quran dan hadis serta diakhiri sebutannya dengan ancaman api neraka atau mendapat kemurkaanNya atau kutukan dan seksaanNya.
Contoh: membunuh, memfitnah, berzina, dan menderhaka kepada ibu bapa.
Dosa kecil - segala kesalahan yang berada di luar batasan hukum had dan seksaan di akhirat yang mana larangannya tidak disertai dengan ancaman kemurkaan dan seksaan oleh Allah s.w.t.
Contoh: merosakkan harta benda awam dan menyentuh al-Quran tanpa wudhu'.
Konsep Pahala
Pahala dari segi bahasa ialah ganjaran atau balasan. Dari segi syara' pula ialah ganjaran baik yang diberikan oleh Allah kerana mematuhi perintahNya dan menjauhi laranganNya.
Contoh: menunaikan solat, bersedekah, berpuasa, dan membantu orang lain.
p/s: Dosa kecil yang dilakukan secara berterusan akan menjadi dosa besar dan orang yang melakukannya tergolong dalam golongan orang yang fasik. Na'uzubillah min zalik.

15 June 2011
taubat sambal belacan?
ramai manusia yang taubat sambal belacan. apabila hilang pedas, dan melihat sambal belacan pada masa yang lain dia akan memakannya semula. begitulah berulang-ulang. -mari taubat dengan sebenar-benarnya-
08 May 2011
Cukuplah mati sebagai peringatan
Shahir merupakan sahabat yang paling rapat denganku. mana taknya, dari sekolah rendah kami bersama sehingga ke sekolah berasrama. jadi kami memang rapat walaupun berbeza minat. shahir merupakan seorang yang kaki buku sedangkan aku pula lebih gemar bersukan. namun kami tetap rapat kerana berada di kelas dan asrama yang sama sehingga ke tingkatan 5.
kami berpisah kerana masing-masing dapat melanjutkan pelajaran ke matrikulasi. dia di negeri sembilan dan aku di johor. tetapi menjadi kebiasaan bagi syahir untuk datang ke rumahku setiap kali cuti, maklumlah kami sekampung. aku sangat mengagumi dia kerana sentiasa berpewatakan sederhana dan tidak sombong.
tetapi aku dikejutkan dengan berita kematian syahir.
07 May 2011
Kasih Sayang Allah dan Kasih Sayang Ibu
si ibu seorang suri rumah tinggal di rumah bersama anak lelakinya yang berumur 4 tahun. suaminya seperti biasa keluar pagi balik maghrib untuk bekerja mencari rezeki. tinggallah si ibu melakukan segala kerja di rumah sambil melayan anak kecilnya itu.
pelbagai ragam anak kecil itu perlu dilayan oleh si ibu. maklumlah lelaki, banyak tenaganya. dari laman ruamh ke dapur dia berlari. tidak cukup kerusi dan meja, almari pun dipanjat. biar sakit tekak ibu menjerit larang, dia tetap bermain dengan senang hati. tiada tv untuk anaknya menonton kartun. menyebabkan rumah kecil menjadi segalanya bagi anak lelaki itu.
04 May 2011
Tubuhku sejuk terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu.
Yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan sebuah Lori.
Dan darahku membasahi jalan..
Yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan sebuah Lori.
Dan darahku membasahi jalan..
....
Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat Ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.Aku terasa dada Ku teramat berat sesak menghimpit Dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.
Tiba-tiba tanganku di pegang kuat.
"Mengucap sayang,,mengucap........Asyhaduallailahaillallah.. ......." ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.

Subscribe to:
Posts (Atom)