churpchurp

07 May 2011

Kasih Sayang Allah dan Kasih Sayang Ibu

si ibu seorang suri rumah tinggal di rumah bersama anak lelakinya yang berumur 4 tahun. suaminya seperti biasa keluar pagi balik maghrib untuk bekerja mencari rezeki. tinggallah si ibu melakukan segala kerja di rumah sambil melayan anak kecilnya itu.

pelbagai ragam anak kecil itu perlu dilayan oleh si ibu. maklumlah lelaki, banyak tenaganya. dari laman ruamh ke dapur dia berlari. tidak cukup kerusi dan meja, almari pun dipanjat. biar sakit tekak ibu menjerit larang, dia tetap bermain dengan senang hati. tiada tv untuk anaknya menonton kartun. menyebabkan rumah kecil menjadi segalanya bagi anak lelaki itu.



seperti biasa rutin si ibu menyuap makan tengahari kepada anaknya. bagus pula selera si anak. walaupun lauk hanya ikan goreng dan sawi, semuanya di makan sampai habis. dan berehatlah si ibu dan anak tadi menunggu waktu zohor. sesudah azan si ibu mengajar anaknya berwudhu'dan mendirikan solat. 

waktu menunjukkan pukul tiga petang. si ibu membawa anaknya ke laman rumah untuk mengangkat jemuran yang telah kering. sedang dia leka memilih pakaian yang kering, dia terdengar bunyi motor dan loceng. "kring kring krriiiiiing" ada orang yang menjual aiskrim calong. anak dia pun berlari ke pagar sambil menjerit ke arah  penjual itu. penjual itu pun berhenti

si anak terus menjerit mahukan aiskrim. ibunya memberitahu, "ibu tak akan belikan aiskrim itu". mendengar kata-kata ibunya si anak pun menangis sambil merayu kepada ibunya. dia terus menangis tanpa henti. hati si ibu semakin sayu melihat anaknya benar-benar mahukan aiskrim itu lalu dia pun membelikan aiskrim itu untuk anak kesayangannya. bukan dia mahu membuat anaknnya menangis tetapi dia tidak mahu anaknya terbiasa dengan makanan ringan termasuk aiskrim tadi.

begitulah kasih sayang ibu yang tidak sanggup melihat anaknya terus-terusan menangis dan bersedih. Namun pembaca sekalian, ketahuilah bahawa kasih sayang Allah adalah berlipat kali ganda daripada kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. menangis dan merayulah kepada Allah nescaya kita akan beroleh perlindungan dan kebahagiaan hidup di dunia ini dan di akhirat kelak. 

Dengan kasih sayang daripada Allah lah kita diberikan seorang ibu yang menjada kita sehingga dewasa. sedarlah kasih sayang Allah jugalah menyebabkan kita dapat membuka mata sejak lahir dan bebas hidup di alam ini. semoga kita sentiasa sedar bahawa Allah itu maha penyayang. betapa Allah menyayangi hambaNya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...