churpchurp

08 May 2011

Cukuplah mati sebagai peringatan

Shahir merupakan sahabat yang paling rapat denganku. mana taknya, dari sekolah rendah kami bersama sehingga ke sekolah berasrama. jadi kami memang rapat walaupun berbeza minat. shahir merupakan seorang yang kaki buku sedangkan aku pula lebih gemar bersukan. namun kami tetap rapat kerana berada di kelas dan asrama yang sama sehingga ke tingkatan 5. 

kami berpisah kerana masing-masing dapat melanjutkan pelajaran ke matrikulasi. dia di negeri sembilan dan aku di johor. tetapi menjadi kebiasaan bagi syahir untuk datang ke rumahku setiap kali cuti, maklumlah kami sekampung. aku sangat mengagumi dia kerana sentiasa berpewatakan sederhana dan tidak sombong.


tetapi aku dikejutkan dengan berita kematian syahir.

07 May 2011

Kasih Sayang Allah dan Kasih Sayang Ibu

si ibu seorang suri rumah tinggal di rumah bersama anak lelakinya yang berumur 4 tahun. suaminya seperti biasa keluar pagi balik maghrib untuk bekerja mencari rezeki. tinggallah si ibu melakukan segala kerja di rumah sambil melayan anak kecilnya itu.

pelbagai ragam anak kecil itu perlu dilayan oleh si ibu. maklumlah lelaki, banyak tenaganya. dari laman ruamh ke dapur dia berlari. tidak cukup kerusi dan meja, almari pun dipanjat. biar sakit tekak ibu menjerit larang, dia tetap bermain dengan senang hati. tiada tv untuk anaknya menonton kartun. menyebabkan rumah kecil menjadi segalanya bagi anak lelaki itu.

04 May 2011


Tubuhku sejuk terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu.

Yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan sebuah Lori.

Dan darahku membasahi jalan..
....

Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat Ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.Aku terasa dada Ku teramat berat sesak menghimpit Dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.

Tiba-tiba tanganku di pegang kuat.

"Mengucap sayang,,mengucap........Asyhaduallailahaillallah.. ......." ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.

02 May 2011

Penciptaan Alam Semesta

Kenapa mesti baca buku ini?


Kita sering memikirkan perkara-perkara yang remeh dalam kehidupan ini. Hari ini ingin mengajak semua pembaca berfikir dengan lebih serius. Mengenai penciptaan alam semesta. Allah s.w.t yang maha berkuasa menjadikan segala-galanya. Kita percaya dengan kenyataan ini tetapi adakah kita yakin dengan sebenar-benarnya?

Tulisan di dalam buku ini sangat berbeza meskipun menggunakan fakta sains. Keunikan yang terdapat pada buku ini ialah membantu kita membentuk keyakinan dalam diri. Segala rasional yang diberikan adalah sesuatu yang asas tetapi tidak pernah kita fikirkan. 

Marilah sama-sama kita menanam minat membaca buku yang membawa kita berfikir kebenaran al-Quran dan Hadith nabi. Tidak rugi kita membeli bahan bacaan seperti ini. Semoga pengetahuan yang diperoleh dapat menguatkan keimanan kita kepada Allah s.w.t.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...