churpchurp

30 July 2010

Assalamualaikum


Pengalaman adalah sebaik-baik guru bagi manusia. Setiap manusia sentiasa inginkan hidup yang bahagia. Seboleh-bolehnya kita mahu segala hajat dipenuhi. Namun demikian, hidup bukanlah semudah itu. Setiap manusia tidak akan terlepas dari diuji. Semuanya bergantung pada diri kita sendiri, bagaimana kita menghadapinya.



1. Menyedari apa yang kita inginkan dalam hidup ini.
Kadangkala manusia berfikir hanya untuk keseronokan yang sementara. Kita sanggup melepaskan perkara yang lebih penting semata-mata untuk mengecapi keseronokan itu. Di sinilah kita dapat melihat perbezaan pada setiap individu. Ramai yang telah tersilap langkah dan terpaksa menanggung kesusahan selepas merasai keseronokan yang sementara itu. Bak kata pepatah, 'sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna'.
Ada orang inginkan cinta sejati dalam kehidupan. Tidak kurang juga yang ingin menjadi kaya-raya. Malah ada yang ingin menjadi berkuasa dan memiliki segala-galanya di dalam dunia ini. Namun adakah itu semua berbaloi? Adakah itu yang paling penting untuk dicapai? Apakah kita akan bahagia apabila mendapat semua itu?
Apa yang perlu kita lakukan dalam situasi ini ialah berfikir panjang. Kita perlu memikirkan terlebih dahulu kesan dan akibat daripada perbuatan yang bakal kita lakukan kelak. Oleh yang demikian, menyedari apa yang kita inginkan dalam hidup ini mengajak kita menentukan hala tuju dalam meniti hidup yang penuh onak dan duri.
Kepentingan menyedari apa yang kita betul-betul inginkan dapat mengelakkan kita daripada membuang masa melakukan perkara yang sia-sia. Kita juga dapat mengelakkan diri daripada terlibat dalam masalah lain. Sekali kita menyedari apa yang benar-benar kita inginkan, kita akan lebih bersedia dan sentiasa memandang ke hadapan.
Untuk menentukan hala tuju hidup ini, kita perlulah mengkaji bagaimana untuk mendapatkan apa yang kita ingini. Ingatlah, hidup ini sentiasa terbahagi kepada dua iaitu positif dan negatif. Jadi terpulang kepada setiap individu untuk memilihnya. Jadi sebelum mengambil tindakan tanyalah pada diri sendiri, apakah itu yang kita betul-betul inginkan?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...